Apakah itu ketuat?
Ketuat adalah pertumbuhan kecil pada kulit yang tidak berbahaya disebabkan oleh virus jenis human papilomavirus (HPV). Virus-virus ini boleh merebak ke anggota badan yang lain dan ke orang lain yang bersentuhan dengan ketuat.
Apakah jenis-jenis ketuat yang biasa?
- Ketuat yang biasa – kecil, keras, kasar ianya biasa terjadi pada jari-jari.
- Ketuat plantar – tumbuh pada tapak kaki. Ia lebih berbentuk kalus atau kun tetapi menghalang lapisan kulit biasa.
- Ketuat flat – terjadi pada muka dan tangan.
Apakah tanda-tanda gejala ketuat?
Ketuat biasanya tidak menyebabkan sebarang gejala. Ketuat plantar dan ketuat di bawah kuku mungkin menyebabkan kesakitan.
Bagaimana ketuat dirawat?
Kebanyakan ketuat akan sembuh sepenuhnya dalam masa beberapa tahun. Jika ketuat menyebabkan kesakitan atau masalah kosmetik, rujuk kepada doktor anda untuk rawatan lanjut.
Bagaimana ketuat dapat dicegah?
Ketuat mudah berjangkit. Penyebaran ketuat boleh dicegah melalui cara:
- Jangan berkongsi sarung tangan atau kasut dengan orang lain
- Jaga kebersihan diri yang baik
- Basuh dan keringkan tangan dengan kadar yang kerap
- Jangan berkaki ayam di sekitar kolam renang
Semakan akhir |
: |
10 Mei 2024 |
Penulis |
: |
|
|
: |
Dr. Nor Mahani Harun |
Penyemak |
: |
Dr. Thenmoli a/p Palaniyappan |