Pengenalan
Sumbing atau klef merupakan salah satu masalah kelahiran. Berdasarkan International Clearinghouse for Birth Defects Surveillance and Research (ICBDSR) keseluruhan prevalen sumbing bibir dan/atau lelangit adalah 9.92 dalam 10,000 kelahiran di antara tahun 2000 hingga 2005. Masalah ini disebabkan oleh gangguan proses pembentukan mulut iaitu di bahagian bibir atau lelangit atau kedua-duanya sekali semasa dalam kandungan lagi. Bertitik tolak daripada itu, proses penilaian dan rawatan hendaklah bermula dari saat bayi ini dilahirkan.
Berdasarkan International Clearinghouse for Birth Defects Surveillance and Research (ICBDSR), keseluruhan prevalens sumbing bibir dan/atau lelangit adalah 9.92 dalam 10,000 kelahiran di antara tahun 2000 hingga 2005
Ciri-ciri individu sumbing
Seseorang individu yang mempunyai masalah sumbing atau klef boleh dikenal pasti dengan dua cara:-
- Struktur bibir dan/ atau lelangitIanya lebih ketara seandainya individu tersebut masih belum menjalani sebarang pembedahan plastik. Sekiranya individu terbabit telah menjalani pembedahan plastik bagi membetulkan struktur sumbingnya, kita boleh mengenal pasti mereka berdasarkan parut pembedahan yang ada dibahagian atas bibir dan/ atau lelangit.
- Jenis-jenis sumbing
-
- Bibir
- Bibir dan/atau lelangit
Sumbing juga berlaku disebabkan sindrom-sindrom berikut:-
- Van der Woude syndrome
- Goldenhar syndrome
- Treacher Collins syndrome
- Moebius syndrome
- Crouzon syndrome,
- Apert syndrome.
- Down syndrome
- Velocardiofacial syndrome
- Pierre Robin sequence
- Turner syndrome
- Ectrodectyly, ectodermal dysplasia,cleft lip/palate syndrome (EEC)
- Orofacialdigital syndrome
-
- Jenis-jenis sumbing
- Pertuturan
-
- Sengau (hypernasal)Terdapat dua jenis aliran bunyi pertuturan iaitu melalui hidung (nasal) dan melalui mulut (oral).
Bunyi oral :
Semua bunyi vokal.
Semua bunyi konsonan kecuali “m”,n, “ny” dan “ng”Bunyi nasal :
Bunyi “m”, n,“ny” dan “ng”Bagi individu yang bermasalah sumbing bibir dan/atau lelangit bunyi pertuturan lebih ke arah sengau. Sengau adalah bunyi suara ke hidung yang berlebihan ketika bertutur.
- Velopharyngeal insufficiency (VPI)Setelah pembedahan plastik dijalankan, individu perlu menjalani penilaian pertuturan bahasa bagi melatih untuk membezakan penghasilan bunyi oral dan nasal. Ini kerana individu tersebut berkemungkinan mempunyai VPI. VPI berlaku kerana lelangit lembut tidak menutupi laluan udara ke hidung ketika bunyi oral dihasilkan. Ini menyebabkan bunyi nasal/sengau terhasil.
- Sengau (hypernasal)Terdapat dua jenis aliran bunyi pertuturan iaitu melalui hidung (nasal) dan melalui mulut (oral).
Siapakah yang terlibat dalam pengurusan individu sumbing
Bagi seorang bayi yang dilahirkan dalam keadaan mempunyai masalah sumbing bibir dan/ atau lelangit, bayi tersebut perlu menjalankan sesi penilaian dan rawatan oleh professional-profesional berikut sehingga peringkat remaja:-
|
Peranan terapis pertuturan-bahasa bagi individu sumbing
Bagi individu bermasalah sumbing bibir dan/atau lelangit penilaian dan rawatan dijalankan seawal ketika kelahiran. Pengendalian individu bermasalah sumbing bibir dan/ atau lelangit melibatkan pelbagai multidisiplin. Terapis pertuturan-bahasa boleh menjalankan penilaian dan terapi yang merangkumi :-
- Penilaian feeding dan penelanan
- Penilaian oro-motor
- Penilaian pra-pertuturan
- Penilaian bahasa
- Penilaian resonans (aliran suara: melalui hidung atau mulut)Contoh ayat untuk menguji resonans:
Ayat oral:”kakak suka baca buku”Ayat nasal: “nenek nak minum”
Secara umumnya, terapi-terapi yang dijalankan oleh terapis pertuturan-bahasa bagi masalah sumbing adalah bergantung kepada keadaan sumbing tersebut.
- Bagi sumbing bibir sahaja, terapi lebih menjurus kepada:-
- Meningkatkan kebolehan tutupan bibir (lip seal) terutamanya bagi masalah feeding.
- Meningkatkan kemahiran sebutan bunyi bibir. Contohnya, bunyi “p”, “b” dan “m”
- Bagi sumbing bibir dan lelangit, terapi lebih menjurus kepada:-
- Meningkatkan kemahiran menghisap dengan menggunakan botol yang khas (bayi baru lahir).
- Latihan membezakan bunyi oral dan nasal (menggunakan kaedah-kaedah dan peralatan tertentu)
Terapi bagi masalah bahasa juga turut dijalankan sekiranya individu mempunyai masalah kemahiran kefahaman dan penghasilan bahasa.
Individu yang mempunyai masalah sumbing perlu menjalani pembedahan plastik terlebih dahulu sebelum sebarang terapi pertuturan dimulakan. Terapi tidak dapat membantu dan tidak berkesan sekiranya keadaan bibir dan lelangit belum dibetulkan dengan pembedahan plastik. Dengan ini, pembedahan plastik bagi individu sumbing bibir dan/ atau lelangit adalah sangat penting. Lebih awal sumbing itu dibetulkan adalah lebih baik.
Pengendalian individu yang bermasalah sumbing melibatkan ramai pihak. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting. Ibu bapa perlu komited dalam bersama-sama menjayakan setiap terapi pertuturan-bahasa dan kerja rumah yang diberikan. Badan-badan bukan kerajaan seperti CLAPAM juga sentiasa berhubung dengan ibubapa dari segi bantuan kewangan, sokongan emosi dan alat-alat yang diperlukan oleh individu sumbing.
Rujukan
- http://www.slideshare.net/BilinguisticsInc/success-with-speech-sound-disorders-071111-slideshare
- http://www.transformingfaces.org/
- Prevalence at birth of cleft lip with or without cleft palate: data from the International Perinatal Database of Typical Oral Clefts (IPDTOC): 2011 Jan; 48(1):66-81. doi: 10.1597/09-217. Epub 2010 Apr retrieved from Cleft Palate Craniofac J. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20507242
- asha.org
- clapam.org.com
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Haryani bt. Harun |
Akreditor | : | Wahida bt. Mohd Abdul Wahab |
Penyemak | : | Nadwah bt. Onwi |