A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Apa itu Sifilis?

  • Ia disebabkan oleh satu organisma yang dinamakan ‘spirochete’
  • Sifilis disebar melalui hubungan seks secara oral, dubur dan vagina
  • Ia juga boleh disebar dari seorang ibu kepada bayinya semasa kehamilan

 

Bagaimana anda tahu anda mengidap Sifilis?

Sifilis berlaku dalam 4 peringkat.

Peringkat 1

  • Ulser yang tidak sakit dan kemerahan pada:
    • Vagina
    • Dubur
    • Penis
    • Mulut
  • Ulser ini dipanggil ‘primary chancre’ dan akan hilang selepas beberapa minggu
  • Kelenjar limfa mungkin membengkak pada masa yang sama
  • Seseorang yang terdedah kepada sifilis mungkin tidak perasan kehadiran ‘chancre’ yang mungkin timbul selepas 3 hari hingga 3 bulan kemudian

Peringkat 2

  • Jika tidak dirawat, ruam akan timbul pada bahagian badan, kedua-dua belah tapak tangan dan tapak kaki.
  • Ulser boleh timbul pada:
    • Bibir
    • Mulut
    • Kerongkong
    • Vagina
    • Dubur
  • Gejala seperti selesema, demam dan sakit badan mungkin berlaku.
  • Peringkat 2 boleh berlaku selama 1-2 minggu dan akan hilang walaupun tanpa rawatan.

Ruam di badan

Peringkat 3

  • Jika tidak dirawat pada peringkat awal, seseorang itu akan terus memendam penyakit sifilis tanpa sebarang tanda/gejala. Ia akan berlarutan sehingga beberapa tahun.
  • Walau bagaimanapun ia dapat dikesan melalui ujian darah.

Peringkat 4

  • Jika masih tidak dirawat, ia akan melarat ke peringkat lebih teruk iaitu ‘Tertiary Syphilis’
  • Kuman ‘Spirochetes’ telah merebak ke seluruh badan dan akan melibatkan :
    • Otak
    • Jantung
    • Saraf tunjang
    • Tulang

Di antara gejala-gejalanya adalah:

  • Kesukaran untuk berjalan
  • Kebas
  • Buta secara beransur
  • Kematian

 

Apakah komplikasi Sifilis?

  • Sifilis sangat merbahaya jika ianya tidak dirawat
  • Jika berlakunya kerosakan pada otak dan masalah kesihatan yang serius, ia tidak dapat dirawati lagi
  • Ibu yang hamil akan menjangkiti bayinya menyebabkan kecacatan bayi yang teruk sejak lahir.

 

Bagaimana Sifilis dirawat?

  • Doktor anda akan membuat diagnosa selepas membuat pemeriksaan dan ujian darah
  • Sifilis peringkat awal boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik
  • Pesakit yang kronik memerlukan rawatan yang lebih lama
  • Malangnya, kerosakan pada tubuh badan pada peringkat akhir tidak dapat dirawati lagi

 

Bagaimana Sifilis dicegah?

  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
  • Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
    • Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.
  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
    • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
    • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Chlamydia, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
    • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Hargeet Kaur Basant Singh
Penyemak : Dr. Nik Rubiah bt. Nik Abd. Rashid

 

Related Article

Marriage

What is the definition of marriage? Marriage is a legal

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 229,803,909

LAST UPDATE :
2024-11-19 10:36:13
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia