Dr. Laila bt. Abd. Jalil merupakan Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Pergigian Pediatrik di Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Tuanku Jaafar.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian serta Master of Science in Children’s Dentistry (Paedodontics) dari Eastman Dental Institute, University of London. Beliau turut berpeluang melanjutkan pelajaran di Royal College of Surgeon, Edinburgh dan memperoleh Fellowship in Dental Surgery Royal College of Surgeons, Edinburgh (FDS RCS).
Kerja-kerja beliau melibatkan memberi perkhidmatan pergigian kepada golongan kanak-kanak di Malaysia dan Rantau Asia Tenggara dan khususnya di Negeri Sembilan. Ini merangkumi rawatan kepada golongan ini dan juga latihan dan khidmat nasihat tentang perancangan kurikulum-kurikulum dan skop perhidmatan pergigian pada kanak-kanak untuk penuntut–penuntut sarjana dan ijazah di universiti tempatan dan kepada jururawat pos basik di kolej latihan pergigian Pulau Pinang.
Selain itu, beliau juga bergiat untuk mempertingkatkan perkhidmatan pergigian kepada golongan kanak-kanak ini melalui pelaksanaan kajian-kajian dan konferens, bengkel dan seminar dalaman dan luar negeri dan antarabangsa.
Kepakaran lain termasuk :
Memberi khidmat pensyarah sambilan di Fakulti Pergigian , Universiti Kebangsaan Malaysia selama 10 tahun bermula dari tahun 2000.
Memajukan perkhidmatan pergigian untuk kanak-kanak berkeperluan khas di seluruh Malaysia
Semakan Akhir : 6 Disember 2010