A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  • Persediaan Insulin
  • Teknik suntikan
  • Komplikasi

Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik pada sebarang ubatan.

Actrapid

Humalog

Humulin L

Humulin N

Humulin R

Humulin U

Humulin 80/20 or 70/30

Mixtard 30/70 or 50/50

Monotard

Penmix 10, 20, 30, 40, or 50

Ultratard

Insulin: Jenis dan masa membantu dalam pengawalan paras glukos dalam darah.

Kesan masa dan tempoh tindakan insulin adalah berbeza untuk setiap individu, dan ia boleh juga bergantung kepada

  • Di manakah suntikan diberi
  • Suhu
  • Aktiviti fizikal
  • Peredaran darah
  • Jenis diabetes dan paras glukos dalam darah
  • Gaya hidup
  • Pemakanan anda
  • Sama ada anda mempunyai masalah kesihatan yang lain.
  • Bagaimana insulin berinteraksi dengan ubat dan suplemen yang diambil

Jenis insulin yang sesuai untuk anda bergantung kepada bila dan sejauh mana kesannya terhadap paras glukos darah anda, termasuk:

  • Permulaan tindakan – Bila ia mula bertindak menurunkan paras glukosa.
  • Puncak tindakan – Bilakah kesannya di paras maksimum terhadap paras glukosa darah
  • Jangkamasa tindakan – Berapa lamakah tindakan keseluruhannya bertahan

Doktor anda mungkin mempreskripsikan campuran jenis insulin untuk mengekalkan paras glukosa darah pada julat sasar sepanjang hari. Anda perlu mencatatkan bacaan paras glukosa dan masa suntikan diberi. Anda perlu mengubah-semula pelan rawatan jika bacaan paras glukosa sentiasa lebih tinggi atau rendah dari julat sasar.

Insulin pra-campuran boleh didapati di dalam pelbagai jenis dan kekuatan. Anda juga boleh mencampurkan jenis yang berlainan bila menyediakan suntikan sendiri.

Ini adalah jenis insulin yang terdapat dan jangkamasa tindakan.

Jenis Nama generik dan jenama Pemulaan tindakan Puncak tindakan Jangkamasa tindakan
Tindakan cepat Insulin lispro* (Humalog)
Insulin aspart* (NovoLog)
10 – 30 minit 1/2 – 3 jam 3 – 5 jam
Tindakan pendek Insulin regular
(Humulin R, Novolin R, lain-lain)
Insulin regular buffered (Velosulin)
30 – 60 minit 2 – 5 jam 5 – 8 jam
Tindakan sederhana Isophane insulin
(Humulin N, Novolin N)
Insulin zinc (Humulin L)
1 – 2 jam 2 – 12 jam 14 – 24 jam
Tindakan panjang Insulin zinc extended
(Humulin U)
1/2 – 3 jam 4 -20 jam 20 – 36 jam
Insulin glargine*
(Lantus)
1/2 – 3 jam Tiada puncak Sehingga 24 jam

*Insulin yang telah diubah suai (analogue) yang seakan sama dengan insulin yang dihasilkan oleh pankreas anda.

Index Insulin

JENIS-JENIS TINDAKAN KESAN SAMPINGAN LANGKAH BERJAGA-JAGA

Tindakan amat cepat:

Mengandungi Insulin Lispro (Humalog)

Tindakan cepat:

Mengandungi Insulin Terlarut (Neutral).
Actrapid
Humulin R

Tindakan sederhana:

Mengandungi Insulin ‘Isophane’ atau Suspensi Zink Insulin.
Humulin L
Humulin N
Monotard

Tindakan Panjang:

Mengandungi Larutan Zink Insulin (Kristal).
Humulin U
Ultratard

Campuran Insulin Tindakan Cepat dan Panjang (dwifasa):
Insulin Neutral dan ‘Isophane’

Humulin 80/20 or 70/30

Mixtard 30/70 or 50/50

Penmix 10, 20, 30, 40, or 50

Insulin adalah penting untuk kesihatan kerana ia membenarkan tenaga yang diperolehi daripada makanan digunakan oleh badan. Makanan ditukarkan kepada glukosa di dalam saluran darah dan beredar di seluruh badan. Insulin mengawal paras glukosa di dalam darah, membantu ia memberi tenaga kepada badan. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat meninggalkan saluran darah, menyebabkan ia berkumpul di dalam darah, menyebabkan masalah kesihatan.
  • Tindakbalas kulit di tempat suntikan diberi (contoh, kulit gatal dan merah) tetapi ini tidak berpanjangan
  • Pengumpulan lemak jika tapak suntikan tidak diubah (penyerapan insulin di tapak yang sama boleh berubah).
  • Amat jarang berlaku: alahan terhadap insulin.
  • Jangan gunakan insulin sekiranya paras glukosa darah terlalu rendah (hipoglisemia)
  • Jangan guna insulin pada pesakit lain selain pesakit diabetik.
  • Penukaran satu jenis insulin kepada yang lain, atau mengambil rawatan yang lebih intensif boleh menyebabkan simptom penurunan paras glukosa yang ketara. Oleh itu, pastikan anda mendapat nasihat doktor dan memantau paras glukosa anda dari masa ke semasa.
  • Keperluan insulin akan meningkat dalam keadaan sakit, tekanan dan semasa pembedahan. Pemantauan terperinci dan penjagaan pemakanan diperlukan pada waktu ini.
  • Keperluan insulin akan berkurangan jika menghidapi kerosakan hati & ginjal.

Maklumat Tambahan Pesakit:

  • Ikut arahan pada label ubat atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
  • Simpan stok insulin yang berlebihan di dalam peti sejuk.
  • Vial insulin yang digunakan boleh disimpan pada suhu bilik. Jika anda akan menukar kepada vial insulin yang baru, keluarkan ia dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik sebelum digunakan.
  • Kebanyakan insulin boleh disimpan pada suhu bilik (sehingga 25 oC) sehingga sebulan. Buang baki insulin di dalam vial yang telah digunakan selama empat minggu.
  • Insulin tidak boleh dibekukan; sekiranya berlaku ia tidak boleh digunakan, buangkan sahaja.
  • Pemantauan paras glukosa adalah penting untuk mengawal penyakit diabetik.
  • Makan pada waktu yang teratur.
  • Bawa makanan bergula (contoh: pil glukosa, “jellybeans”) untuk dimakan sewaktu keadaan hipoglisemia.
  • Keperluan insulin anda mungkin berubah sekiranya anda sakit. Anda perlu memantau sentiasa gula dalam darah dan anda tidak boleh menghentikan insulin. Doktor atau jururawat akan memberitahu anda apa yang perlu dilakukan jika anda jatuh sakit.
  • Paras glukosa yang sering tinggi akan menyebabkan masalah jangka panjang seperti masalah mata dan ginjal, oleh itu perlu dielakkan.
  • Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda merancang untuk hamil. Adalah penting diabetes anda dikawal sebelum anda hamil
Semakan Akhir : 14 Julai 2008
Penulis : Dr. Nour Hanah Othman
  : Hadijah bt. Mohd Taib
  : Rosidah bt. Din
  : Nor Eizlin bt. Mohd Helmi

 

Related Article

Antidepressants

Introduction Antidepressants are medicines that relieve the symptoms of depression.

Antihistamin

Pendahuluan Antihistamin adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat alahan/alergi.

Aspirin

Apa Itu Aspirin? Aspirin atau nama bahan aktif Acetyl Salicylic

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 229,804,489

LAST UPDATE :
2024-11-19 10:36:13
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia