Asrul Fahmi bin Abdul Mutalib merupakan Pegawai Sains Forensik di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Forensik). Beliau juga telah melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Malaya dengan memperoleh Ijazah Sarjana Sains (Analytical Chemistry & Instrumental Analysis).
Kerja-kerja beliau melibatkan pengurusan spesimen histopatologi forensik, membantu Pakar Perubatan Forensik dalam lawatan dan penyiasatan di tempat kejadian jenayah, pemprosesan kes-kes antropologi yang memerlukan pembersihan tulang, membantu bedah siasat medikolegal dari aspek teknikal seperti dokumentasi dan pengendalian spesimen dan sebagainya.
Pengalaman kerja:
- Membantu lebih daripada 50 kes bedah siasat medikolegal dalam aspek teknikal seperti dokumentasi dan pengurusan spesimen.
- Terlibat dalam lebih 20 lawatan dan penyiasatan ke pelbagai tempat kejadian di negeri Johor seperti kes pembunuhan, bunuh diri, kebakaran badan manusia dan kemalangan industri, kenderaan bermotor dan tempat kerja.
- Mengendalikan lebih daripada 20 kes antropologi yang diterima di jabatan yang memerlukan proses pembersihan dan pemeriksaan bedah siasat.
- Menguruskan dan memproses lebih daripada 100 kes histopatologi forensik setiap tahun yang diterima daripada hospital-hospital daerah di negeri Johor.
Semakan Akhir : 27 Februari 2017