En. Azizul Khairi b. Mohd Nor mempunyai pengalaman kerja selama 4 tahun sebagai Pegawai Pendidikan Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Komunikasi) Kepujian. Beliau juga telah berpeluang menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperolehi kelayakan Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Pendidikan Kesihatan).