A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Main Page
  4. /
  5. Berfikiran Positif

Berfikiran Positif

 

Download:

Transkipsi

Pada lumrahnya setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai masalah  mahupun kecil ataupun besar, yang memerlukan jalan penyelesaian.  Situasi ini boleh menyebabkan fikiran kita terganggu dan mendorong  pemikiran yang negatif.
Sebaliknya jika kita menguasai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, ia boleh menjadi kita  lebih aktif & produktif.
Berfikir secara positif adalah cara pemikiran yang menjuruskan kepada keupayaan melihat pada aspek kebaikan dan perkara yang berlaku secara membina.
Seseorang yang berfikiran positif akan melihat masalah yang dihadapinya sebagai satu cabaran.  Kita perlu menerima  apa yang berlaku dengan seadanya , kerana andaian yang buruk akan menyebabkan hidup lebih sengsara.
Yakinkan diri anda dengan kata-kata semangat yang boleh membantu melakukan tugas dengan lebih baik.

 

Untuk mengekalkan pemikiran positif, kita perlu menetapkan matlamat yang boleh dicapai dan munasabah.  Bersyukurlah dengan apa yang telah kita capai dan bukannya berkeluh kesah dengan apa yang tidak kita miliki.
Kerana setiap kemajuan yang berlaku walaupun kecil merupakan satu langkah ke hadapan.
Setiap kali dilanda fikiran negatif, senaraikan perkara yang anda sukai mengenai diri anda dan dapat melakukannya dengan baik.

Berkawanlah dengan orang-orang yang berfikiran positif. Semakin kerap kita berkomunikasi dengan mereka, ia  membuat kita menguasai fikiran positif dalam masa yang cepat.

 

Elakkan diri dari mendengar gosip yang tidak menentu.  Carilah bukti-bukti yang menyokong perkara yang diperkatakan.

 

 

Di masa yang sama kita juga perlu berfikiran terbuka dan sedia menerima saranan dan idea orang lain.  Kerana perkara yang dikemukakan adalah merupakan satu sudut pandangan yang baru.
Berfikiran positif membolehkan kita berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata.  Kerana pada masa yang sama membantu kita mencari jalan penyelesaian pada masalah yang kita hadapi.

B

Basuh Tangan

Berkumur-kumur

Buli Siber

Buli Siber (Kategori III)

 

Related Article

Sakit Sendi

Download: {showhide title=”TRANSKIPSI” template=”strong,arrow-blue” changetitle=”CLICK HERE TO CLOSE…” mousetitleistitle=true closeonclick=true

Dadah Peransang

Download: Transkipsi Pengenalan Dadah Perangsang “Spiking Drink” Dadah perangsang seperti

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 229,799,665

LAST UPDATE :
2024-10-28 09:55:55
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia