Dr. Aminah Bee bt. Mohd Kassim mempunyai pengalaman kerja selama 25 tahun dan merupakan Ketua Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperolehi Medical Doctor. Beliau juga telah berpeluang menamatkan pengajian dengan kelayakan Master in Public Health
Beliau terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan kesihatan bagi Orang Kurang Upaya semenjak 1998. Antara pencapaian beliau adalah sebagai editor bagi manual-manual latihan bagi anggota kesihatan iaitu Series of 6 manuals for the management of Children with Special Needs, Training Manual for Caregivers in Institutions and at Home dan Live Life Stay Safe: A Training Module on Sexual and Reproductive Health for Children and Adolescent with Disabilities. Beliau juga terlibat dalam kajian, penerbitan artikel dan latihan berkaitan pencegahan dan pengendalian kesihatan OKU dan pencapaian terkini adalah pembentukan Plan Tindakan Kesihatan OKU 2011-2020.