Dr. Aminuddin Bin Mohd Natar merupakan Pegawai Pergigian Kanan di Pejabat Pergigian Bahagian Kuching, Sarawak.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS) pada tahun 1990 dan Sarjana Pergigian Masyarakat (MCD) di universiti yang sama pada tahun 2000.
Beliau bertugas sebagai pegawai pergigian pentadbir yang merangkumi aktiviti-aktiviti pengurusan dan pentadbiran program-program kesihatan mulut di Bahagian Kuching, Sarawak.
Semenjak tahun 1990, beliau telah bertugas sebagai pegawai pergigian klinikal dan pentadbiran di beberapa kawasan di negeri Sarawak. Beliau telah terlibat sebagai pemeriksa dalam beberapa kajiselidik epidemiologi pergigian peringkat kebangsaan yang di jalankan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Beliau juga terlibat dalam inisiatif-inisiatif kualiti jabatan dan juga aktiviti-aktiviti kesihatan awam pergigian.
Pengalaman kerja :
- Klinik Pergigian Lundu (1.11.1990 – 15.12.1992)
- Pejabat Pergigian Bahagian Kapit (16.12.1992 – 30.3.1998)
- Klinik Pergigian Jalan Masjid, Kuching ( 1.4.1998 – 15.7.2007)
- Klinik Pergigian Tanah Puteh, Kuching (16.7.2007 – 15.11. 2008)
- Klinik Pergigian Jalan Masjid, Kuching (16.11.2008 – 15.5.2011)
- Pejabat Pergigian Bahagian Kuching (16.5.2011 – sekarang)
Semakan Akhir : 7 Mei 2013