Dr. Anizah Aishah bt. Rosli mempunyai pengalaman kerja selama 4 tahun dan merupakan Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi di Hospital Kuala Lumpur.
Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Malaya dengan memperolehi MBBS(Malaya).
Bermula sebagai houseman di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang dari Jun 2005 hingga Disember 2006. Kemudian beliau meneruskan kerjaya beliau sebagai Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi di Hosiptal Kuala Lipis, Pahang sehingga Mei 2008. Beliau kemudiannya bertukar ke Hospital Kuala Lumpur dan bertugas di sana sehingga Mei 2011. Beliau pernah ditempatkan di Hospital Miri, Sarawak pada Disember 2008. Terkini, beliau sedang mengikuti pengajian siswazah di dalam bidang obstetric dan ginekologi di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Krian, Kelantan.