Dr. Azillah bt. Mohd Ali merupakan Pakar Perunding Kanan Pergigian Pediatrik di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.
Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan memperolehi Bachelor of Dental Surgery (1985) dan Master of Science in Children’s Dentistry (Paedodontics)-1994 dari Eastman Dental Institute, University of London. Beliau juga telah berpeluang melanjutkan pelajaran di Royal College of Surgeons of Edinburgh, Scotland dan mendapat Fellowship in Dental Surgery (1995).
Kerja-kerja beliau melibatkan perkhidmatan pergigian di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berumur 16 tahun ke bawah. Semenjak itu beliau telah menunjukkan minat mengenai perkembangan karies rampan dan kesan di kalangan kanak-kanak yang mempunyai penyakit kronik. Di dapati kebanyakkan kanak – kanak tersebut di beri penyusuan yang tidak betul iaitu tidur dengan botol susu / semasa penyusuan badan. Untuk mengelakkan kejadian ini beliau telah memperkenalkan pemeriksaan awal bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit yang kronik saperti penyakit jantung kongenital iaitu klinik mesra bayi di Hospital Sultanah Bahiyah pada tahun 2004 di mana bayi dibuat pemeriksaan seawal satu hari (day of life). Selepas memperolehi kepakaran dalam Pergigian Pediatrik beliau ditawarkan untuk kursus special interest dalam Dental Trauma di Royal Children Hospital Melbourne , Australia. Hasil dari lawatan tersebut beliau telah tubuhkan perkhidmatan Dental Trauma Clinic pada tahun 2007 hingga sekarang . Beliau juga merupakan Pemeriksa untuk Kolej Latihan Pergigian Malaysia dan Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Penang International Dental College. Di samping itu, beliau juga merupakan ahli dan auditor dalaman dalam akreditasi Hospital Sultanah Bahiyah.
Pengalaman kerja:
-
Pegawai Pergigian Y/ M Klinik Pergigian , Hospital Kuala Krai (1985-1991)
-
Pegawai Pergigian Tingkatan Kanan Kolej latihan Pergigian Malaysia dan Pusat Pergigian Kanak-kanak (1991-1992)
-
Pakar Klinikal Pergigian Pediatrik Hospital Pulau Pinang (1995 -1997)
-
Pakar Perunding Pergigian Pediatrik ( 1997- Feb 2010)
-
Pakar Perunding Kanan Pergigian Pediatrik ( Mac 2010 – hingga sekarang)
-
Pengadil Bagi Pertandingan Klinikal Audit 2010 – peringkat Hospital Sultanah Bahiyah
Semakan Akhir : 1 November 2010