Dr. Azura bt. Mohd Affandi mempunyai pengalaman kerja selama 9 tahun dan merupakan Pakar Dermatologi di Hospital Kuala Lumpur.
Beliau telah menamatkan pengajian dari University of Manchester dengan memperolehi ijazah MBChB(UK). Beliau juga telah memperolehi MRCP(UK) dari Royal College of Physicians, United Kingdom dan seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memiliki ijazah Advanced Masters in Dermatology.
Beliau mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang perubatan umum dan dermatologi. Beliau juga merupakan pensyarah sambilan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau telah menerbitkan beberapa artikel di dalam jurnal dalam dan luar negara.