Dr. Catherine Chen Jean Ai merupakan Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pergigian), Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Sarawak.
Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dan Ijazah Sarjana Pergigian Masyarakat.
Kerja-kerja beliau melibatkan merancang dan memantau aktiviti-aktiviti kesihatan pergigian primer, projek-projek pembangunan kesihatan pergigian dan aktiviti latihan dalam perkhidmatan anggota kesihatan pergigian.
Pengalaman kerja:
-
1986 – 1992 Bertugas sebagai Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Kuala Pilah, Negeri Sembilan
-
1992 – 2006 Bertugas sebagai Pegawai Pergigian Y/M di Klinik Pergigian Jalan Oya, Sibu, Sarawak
-
2006 – 2010 Bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah di Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian), Sarawak
Semakan Akhir : 28 Oktober 2010