Dr. Eng Heng Ling merupakan Pakar Periodontik di Klinik Pergigian Poliklinik Jalan Masjid, Sarawak.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh ijazah Saujana Muda Pembedahan Pergigian. Menyambung pengajian dalam bidang periodontologi di Eastman Dental Institute, United Kingdom dan memperoleh Membership of Royal College of Surgeons of England dan Certificate Periodontology dari European Federation of Periodontology.
Kerja-kerja beliau melibatkan pemberian rawatan periodontik kepada pesakit yang dirujuk. Memberi latihan dan pengajaran kepada pegawai pergigian, jururawat, juruteknologi pergigian dan pembantu pembedahan pergigian.
Kepakaran lain termasuk rawatan implan pergigian dan rehabilitasi pergigian.
Pengalaman:
- Memberi ceramah kepada pegawai pergigian di Persatuan Doktor Pergigian Malaysia pada tahun 2010, 2011;
- Menjalankan kajian epidemiologi terhadap penduduk di sarawak mengenai tahap kesedaran penyakit gusi, status kesihatan periodontium;
- Menubuhkan Unit Hygiene di Kuching dan Klinik Promosi Kesihatan Pergigian yang pertama di Malaysia
- Aktif dalam kegiatan innovasi.
Pengalaman kerja:
- Pegawai Pergigian di Hospital Pulau Pinang dari 2001 hingga 2003
- Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Jalan Perak Pulau Pinang dari tahun 2003 hingga 2005
- Pakar Klinikal Periodontik di Klinik Pergigian Jalan Perak Pulau Pinang tahun 2009
- Pakar Periodontik di Klinik Pergigian Jalan Masjid Kuching tahun 2010 hingga sekarang.
Sumbangan di dalam Portal MyHEALTH :
- Menulis isi kandungan – Periodontal Disease And Aesthetic
Semakan Akhir : 28 Oktober 2013