Dr. Hasni bt. Md Zain merupakan Pegawai Pergigian Daerah di Pejabat Pergigian Ledang, Johor.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian seterusnya menyambung pengajian di universiti yang sama dan memperoleh Ijazah Sarjana Kesihatan Awam (Kesihatan Mulut) .
Sebagai pegawai pergigian daerah beliau terlibat dengan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran klinik-klinik di dalam daerah. Kepakaran beliau adalah di dalam bidang kesihatan awam khususnya di bidang kesihatan mulut oleh itu kerja-kerja klinikal yang dijalankan lebih menjurus kepada pencegahan dan rehabilitasi. Beliau juga banyak merangka program dan menjalankan aktiviti promosi di kalangan pelbagai komuniti seperti anggota kesihatan, guru-guru sekolah, ketua-ketua masyarakat, kanak-kanak keperluan khas, orang asli, warga emas dan badan bukan kerajaan lain.
Pengalaman kerja:
- Pegawai pergigian di Klinik Pergigian Muar ( 1992 -1993)
- Pegawai pergigian di Klinik Pergigian Kota Tinggi ( 1993 – 1994)
- Pegawai pergigian Y/M di Klinik Pergigian B. Tenggara, K.Tinggi ( 1994 – 2000)
- Pegawai Pergigian Y/M di Klinik Pergigian Sg.Mati, Muar ( 2001-2007)
- Pakar Kesihatan Awam Pergigian Daerah Batu Pahat (2011- Dis 2011)
- Pegawai Pergigian Daerah Ledang ( 2012- kini)
Semakan Akhir : 7 November 2013