Dr. Jeremy Lee Ju Kuan merupakan Pakar Bedah Mulut di Jabatan Bedah Mulut, Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah.
Beliau telah menamatkan pengajian di Eastman Dental Institute, University of London dengan memperoleh Ijazah MSc in Oral & Maxillofacial Surgery (Distinction), MClinDent in Oral Surgery (Distinction) & Membership of the Faculty of Dental Surgery Royal College of Surgeons London.
Kerja-kerja beliau melibatkan merawat pesakit-pesakit yang memerlukan kepakaran bedah mulut seperti ketumbuhan mulut/muka, pembetulan kedudukan rahang yang tidak estetik, pembedahan kanser mulut dan kecederaan mulut dan muka akibat kemalangan.
Kepakaran lain termasuk pembuatan mata palsu bagi pesakit-pesakit yang kehilangan mata akibat kecederaan atau penyakit yang dirujuk dari pakar mata.
Sebelum bertugas di Hospital Duchess of Kent, beliau pernah bertugas di Hospital Ipoh, Perak, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Semakan Akhir : 20 Mac 2013