Dr. Ling Xiao Feng merupakan Ketua Jabatan dan Pakar Bedah Mulut di Jabatan Bedah Mulut, Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dan Universiti Hong Kong dengan memperoleh ijazah Sarjana Pembedahan Pergigian (Bedah Mulut & Maksilofasial).
Kerja-kerja beliau melibatkan bidang pembedahan mulut dan maksilofasial. Kepakaran lain termasuk pembedahan orthognatik.
Pengalaman kerja:
- Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Jalan Oya, Sibu, Sarawak
- Pegawai Pergigian Klinik Pergigian Dalat, Mukah, Sarawak
- Pegawai Pergigian Klinik Pergigian Seri Manjung, Perak
- Pegawai Pergigian Jabatan Bedah Mulut, Hospital Kuala Lumpur
- Pakar Bedah Mulut, Jabatan Bedah Mulut, Hospital Kulim
Semakan Akhir : 11 Jun 2014