Dr. Mimi Syazleen bt. Abdul Rahman merupakan Pakar Pergigian Pediatrik di Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Sungai Buloh
Beliau telah menamatkan pengajian di University of Otago dengan memperoleh ijazah Bachelor of Dentistry (Otago) dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dengan memperoleh Masters of Paediatric Dentistry dari King’s College, London.
Kerja-kerja beliau melibatkan pengendalian pergigian kanak-kanak berkeperluan khas dan berkompromi perubatan selain pengendalian kes-kes trauma pergigian kanak-kanak.
Kepakaran lain termasuk memberi perkhidmatan pergigian komprehensif dan trauma pergigian dan tisu lembut di bawah bius am elektif dan kecemasan. Selain itu juga mengendali kes-kes patologi mulut dan anomali pergigian kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah.
Pengalaman kerja:
- Kilinik Pergigian Jitra, Kedah 1999 – 2000
- Klinik Oral dan Maksilofasial, Hospital Alor Star 2000 – 2003
- Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Pulau Pinang 2006 – 2008
- Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Sungai Buloh 2008 – sekarang
Semakan Akhir : 18 November 2014