Dr. Nor Nazaliza bt. Basri merupakan Pakar Perubatan Mulut & Patologi Mulut di Hospital Kuala Lumpur dan visiting Oral Pathologist di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh ijazah Sarjana Klinikal Pergigian bidang Perubatan Mulut dan Patologi Mulut.
Kerja-kerja beliau melibatkan:
- Perkhidmatan kepakaran Perubatan Mulut – mendiagnos dan memberi rawatan tanpa surgikal untuk kes-kes perubatan pada mulut dan kawasan maksilofasial
- Perkhidmatan histopatologi Mulut – membuat laporan diagnostik histopatologi bagi spesimen biopsi dan surgikal oral & maksilofasial, kes frozen section dan direct immunoflourescence (DIF).
Pengalaman kerja sebagai Pakar Perubatan Mulut dan Patologi Mulut di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 2010 hingga 2014 dan kini bertugas di Hospital Kuala Lumpur.
Semakan Akhir : 26 November 2015