Dr. Noorlaily Mohd Noor mempunyai pengalaman kerja melebihi 11 tahun dan merupakan Pakar Klinikal Dermatologi di Hospital Kuala Lumpur.
Beliau telah menamatkan pengajian dari University of Southampton, United Kingdom dengan memperolehi Bachelor of Medicine. Beliau juga telah berpeluang melanjutkan pengajian di Royal College of Physicians, United Kingdom dengan memperolehi MRCP(UK) serta memiliki sijil Advanced Masters of Dermatology dari Universiti Kebangsaan Malaysia.