Dr. Ong Siang Ching merupakan Pakar Ortodontik di Klinik Pergigian Pasir Puteh, Kelantan.
Beliau telah menamatkan pengajian di University of Glasgow dengan memperoleh ijazah Doctorate In Clinicat Dentistry (Orthodontics).
Kerja-kerja beliau melibatkan mengenalpasti dan mendiagnos maloklusi, merawat kes-kes maloklusi seperti membetulkan susunan gigi, mengurangkan jongang dan membetulkan cara gigitan dengan menggunakan pendakap pergigian. Selain itu, beliau juga terlibat secara aktif dalam rawatan rekahan bibir dan lelangit dan juga rawatan pergigian kompleks yang melibatkan gabungan kepakaran.
Pengalaman kerja:
- First Year Dental Officer (FYDO) di Seremban, Negeri Seremban, 2004-2005
- Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Machang, Kelantan, 2005-2006
- Pegawai Pergigian Yang Menjaga Di Klinik Pergigian Labok, Kelantan, 2006-2008
- Pegawai Pergigian Attachment di Unit Ortodontik Kota Bahru, Kelantan, April 2008- September 2008
- Pakar Pergigian Ortodontik di Unit Ortodontik Pasir Puteh, Kelantan, 2011 hingga sekarang
Semakan Akhir : 20 September 2015