Dr. Rohani bt.Che Awang merupakan Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh ijazah Bachelor of Dental Surgery dan Master in Community Dentistry.
Kerja-kerja beliau melibatkan pengurusan dan pentadbiran, kaji selidik dan klinikal.
Kepakaran lain termasuk kesihatan awam, latihan dan ISO. Sebagai seorang pegawai yang mempunyai kelayakan Kesihatan Awam (Pergigian), bidang promosi dan pendidikan kesihatan pergigian (PKP) adalah merupakan salah satu bidang utama didalam skop kerja beliau. Tanggungjawab beliau bukan hanya diperingkat klinik malahan termasuk diperingkat negeri (Bahagian Kesihatan Pergigian, JKWPKL & P). Beliau sering dilantik untuk menjadi fasilitator bagi kursus-kursus seperti Budaya Korporat, Perkhidmatan Kaunter Berkualiti dan juga sebagai penceramah jemputan.
Pengalaman kerja :
- Pengawai Yang Menjaga (PPYM) Klinik Pergigian Kg. Pandan (1994-97/ 2010-2012)
- PPYM Klinik Pergigian Bandar Tun Razak (1998-2002)
- PPYM Klinik Pergigian Setapak (2007-2009)
- PPYM Klinik Pergigian Cheras Baru (2010-2011)
- PPYM Klinik Pergigian Cahaya Suria (2012-2013)
- Ketua Audit Dalaman (2008-2012)
- Fasilitator Kursus Budaya Korporat (2007-2012)
- AJK Sistem Pengurusan Kualiti, Bahagian Kesihatan Pergigian (BKP), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL & P)
- Koordinator Seminar Pengucapan Awam BKP, JKWPKL (2004-2006, 2011)
Semakan Akhir : 29 Ogos 2013