Dr. Roziana bt. Abdullah merupakan Ketua Jabatan dan Pakar Pergigian Pediatrik di Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Ampang, Selangor
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian pada tahun 2002 dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Pergigian Klinikal (Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak) pada tahun 2010.
Kerja-kerja beliau melibatkan pengurusan dan rawatan kes-kes oral dan maksilofasial pesakit pediatrik yang berumur 16 tahun ke bawah. Skop kerja beliau meliputi pengurusan dan rawatan kes-kes seperti kes-kes penyakit orofasial, trauma orofasial, keabnormalan atau masalah pergigian yang spesifik atau kompleks, karies awal kanak-kanak, dan pengurusan penyakit orofasial di kalangan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak istimewa dan/atau kanak-kanak yang mempunyai masalah perubatan yang kompleks.
Pengalaman kerja:
1.
|
Ketua Jabatan dan Pakar Pergigian Pediatrik, Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Ampang, Selangor. |
Mac 2017 – kini |
2.
|
Ketua Jabatan dan Pakar Pergigian Pediatrik, Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang. |
Jan 2011 – Feb 2017 |
3.
|
Pakar Klinikal (Pergigian Pediatrik) Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang |
Jul 2010 – Dec 2010 |
4.
|
Pegawai penempatan klinikal program pascasiswazah Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Sungai Buloh and Hospital Serdang |
Jan 2010 – Jun 2010 |
5.
|
Pegawai penempatan klinikal program pascasiswazah Jabatan Pergigian Pediatrik, Institut Paediatrik, Hospital Kuala Lumpur |
Jun 2009 – Dec 2009 |
6.
|
Pegawai dalam Simpanan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia(melanjutkan pelajaran di University Malaya ) |
Jul 2006 – Jun 2010 |
7.
|
Pegawai Pergigian, Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor |
Jul 2004 – Jun 2006 |
8.
|
Pegawai Pergigian, Klinik Pergigian Kuala Lipis, Pahang |
Jul 2003 – Jun 2004 |
9.
|
Pegawai Pergigian, Klinik Pergigian Mentakab, Pahang | Mei 2002 – Jun 2003 |
Semakan Akhir : 01 Mac 2017