Dr. Sharina bt. Sharudin merupakan Pakar Ortodontik di Klinik Pergigian Jalan Gambut, Kuantan, Pahang.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1997 dengan memperolehi ijazah Bachelor Of Dental Surgery (BDS). Seterusnya beliau telah lulus dalam pengajian Master in Ortodontik (M.Orth) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 2008. Beliau adalah ahli dalam Malaysian Association of Orthodontist (MAO) dan Malaysian Dental Association (MDA).
Kerja-kerja beliau melibatkan memberi perundingan dan perawatan kepakaran ortodontik seperti pembetulan susunan gigi yang bermaloklusi, penyedian pembetulan maloklusi rahang yang memerlukan pembedahan rahang, perawatan dan pembetulan kes-kes pesakit yang mempunyai masalah maloklusi klef dan syndromic.
Pengalaman kerja:
- 1997-2000 Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Besar Hospital Mentakab
- 2001-2003 Pengawai Pergigian di Klinik Pergigian Dato’ Keramat
- 2004-2008 Melanjutkan pengajian di dalam bidang Sarjana Ortodontik di Universiti Kebangsaan Malaysia
- 2008-2011 Pakar Ortodontik di Unit Ortodontik, Klinik Pergigian teluk Wanjah, Alor Setar, Kedah.
- 2012- kini Pakar Ortodontik di Unit Ortodontik, Klinik Pergigian Jalan Gambut, Kuantan.
Sumbangan di dalam Portal MyHEALTH
- Menulis isi kandungan – Kesan – Kesan Rawatan Ortodontik
Semakan Akhir : 15 November 2013