Dr. Zaini bt. Aziz merupakan Pakar Pergigian Restoratif di Klinik Pergigian Jinjang, Kuala Lumpur.
Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan memperolehi Ijazah Sarjana Pergigian Klinikal (Pergigian Restoratif dalam Pemeliharaan Gigi).
Kerja-kerja beliau melibatkan rawatan kanal akar, korona, jambatan dan lain-lain kes berkaitan pergigian restoratif.
Pengalaman kerja:
- 1993-1996: Pegawai Pergigian di negeri Perlis (Hospital Kangar & Klinik Pergigian Simpang Empat)
- 1996-2004 : Pegawai Pergigian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Klinik Pergigian Dato Keramat & Klinik Pergigian Kg. Pandan
- 2004-2008: Melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur
- 2008-2009: Pra pewartaan Pakar Pergigian Restoratif di Klinik Pergigian Rasah, Seremban, Negeri Sembilan
- 2009-sekarang: Pakar Pergigian Restoratif di Klinik Pergigian Jinjang, Kuala Lumpur
Semakan Akhir : 19 Ogos 2011