A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Epidemiologi

Wanita mengalami banyak perubahan selepas melewati umur pertengahan (selepas umur 40- hingga 50-an). Perubahan ini berlaku akibat menopaus. Pada peringkat ini ovari mengecil dan kurang estrogen, progestogen serta testosteron (hormon seks) dihasilkan.

Tanda-tanda awal ialah tiada haid dan tidak lagi subur. Keinginan seks juga akan menurun.

Akibat menopaus risiko terhadap penyakit-penyakit berikut meningkat:

  1. Sakit jantung koronari

  2. Osteoporosis

  3. Perubahan pada saluran kencing dan saluran peranakan.

Bagi warga emas, masalah berkaitan salur peranakan dan salur peranakan yang berlaku ialah:

  1. Sakit semasa hubungan kelamin (dyspareunia)

  2. Masalah kencing

Masalah Seksual Wanita

Apakah masalah seksual wanita?

Terdapat 4 jenis masalah seksual wanita:

  1. Kurang keinginan- apabila anda tidak mahu atau kurang keinginan untuk seks berbanding sebelumnya

  2. Kurang terangsang- apabila anda tidak merasa tindakbalas seksual atau keadaan tubuh badan tidak terangsangdengan rangsangan seksual dari pasangan

  3. Masalah orgasma- apabila anda tidak dapat mencapai orgasma semasa hubungan kelamin

  4. Masalah sakit semasa atau selepas hubungan kelamin (dyspareunia)

Tanda-tanda masalah Seksual

Adakah saya mempunyai masalah seksual?

Hampir 70% pasangan akan mempunyai masalah hubungan kelamin sepanjang perhubungan mereka. Hampir semua wanita merasa tidak berapa bagus dalam hubungan kelamin pada satu-satu masa sahaja (bukan setiap masa). Ini adalah normal.

Sekiranya anda tidak ingin melakukan hubungan kelamin atau tiada keseronokan langsung dalam melakukan hubungan seks, maka anda mungkin ada masalah seksual. Berbincanglah dengan doktor tentang kerungsingan anda.

Perbincangan anda dengan doktor adalah secara privasi dan dirahsiakan.  Doktor akan mencari punca dan rawatan yang sesuai untuk atasi masalah yang anda hadapi.

Punca-punca Dan Faktor Risiko

Apakah yang menyebabkan masalah Seksual?

Banyak faktor seperti ubatan, penyakit kronik, jangkitansalur peranakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan masalah  seksual.

  1. Ubatan- pil perancang keluarga atau ubat anti kanser

  2. Penyakit – Kencing manis, darah tinggi dan artritis (sakit-sakit sendi dan tulang)

  3. Pengambilan alkohol berlebihan

  4. Jangkitan salur kencing atau salur peranakan (lepuhan yang sakit-Herpes simplex, lelehan keputihan- candidiasis vagina)

  5. Kemurungan, penderaan- dahulu atau sekarang

  6. Kering pada vagina akibat menopaus

  7. Tekanan dalam kehidupan, letih dan penat bekerja

  8. Rutin aktiviti seksual yang sama juga boleh menyebabkan hubungan seks yang dingin dan membosankan

Semakan Akhir : 03 Januari 2014
Penulis : Dr. A. Khalek bin Abd Rahman

 

Related Article

Ischaemic Heart Disease

Coronary artery disease (CAD) occurs when the blood vessels that supply blood to the heart muscle become hardened and narrowed.

Hypothyroidism

Hypothyroidism is a condition due to underactive thyroid gland. There is a decrease in the production of thyroid hormones which slows down the body functions.

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 229,799,254

LAST UPDATE :
2024-10-28 09:55:55
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia