Apakah vaksin Demam Kepialu?
- Dapat melindungi jangkitan Demam Kepialu dalam kadar 70%-90%
- Boleh di perolehi dalam bentuk suntikan atau dalam bentuk pil untuk dimakan
- Berkesan selepas seminggu pemberian vaksin
- Tidak bekesan selepas beberapa tahun (Kebiasaannya dalam tempoh 1 tahun bagi vaksin bentuk pil dan 3 tahun bagi vaksin suntikan)
Siapakah patut mendapat pelalian vaksin Demam Kepialu?
- Jika anda melancong ke negara-negara seperti Latin Amerika, Afrika, dan Asia dimana penyakit ini masih dilaporkan.
- Pengendali makanan terutama pemilik kedai makan, penjaja, pemilik kantin / gerai dan semua pekerja- pekerjanya yang mengendalikan makanan.
Di Malaysia, semua pengendali makanan di mestikan mendapatkan vaksin pencegah Demam Kepialu. Kebanyakkan pihak berkuasa tempatan telah mensyaratkan semua peniaga mendapatkankan vaksin Demam Kepialu sebelum diberi lesen berniaga.
Di mana saya boleh mendapat pelalian vaksin Demam Kepialu?
- Semua klinik kesihatan, hospital kerajaan dan swasta.
- Anda diminta merujuk dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Semakan Akhir | : | 26 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Aaisah Senin |
: | Norrani Eksan | |
Reviewer | : | Dr. Marzida Abd Latib |