Grace Jinang merupakan Pegawai Sains Forensik di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Forensik .
Kerja-kerja beliau melibatkan pengendalian spesimen bagi kes bedah siasat (mediko legal dan bukan medikolegal), penyelidikan berterusan dalam bidang sains dan forensik perubatan.
Beliau juga mempunyai pengalaman dalam menjalankan pemprosesan tisu untuk pemeriksaan histopatologi forensik.
Pengalaman kerja:
- Pegawai Penyelidik Sambilan di Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Kuala Lumpur – 1 tahun
- Pegawai Sains Forensik – 7 tahun dan sehingga kini
Semakan Akhir : 24 Februari 2017