A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. PRIME YEARS
  4. /
  5. Disease
  6. /
  7. Meningoencephalitis

Meningoencephalitis

Encephalitis adalah satu proses inflammasi yang melibatkan tisu otak, yang menyebabkan kegagalan fungsi otak.Meningoencephalitis pula adalah juga satu proses inflammasi yang melibatkan tisu otak dan selaput otak (meninges).1(Gambarajah 1)


Gambarajah 1

Dianggarkan, sebanyak 4,000 kes encephalitis baharu di UK setiap tahun. Jangkitan yang melibatkan kumpulan dewasa boleh menjadi satu jangkitan yang teruk.2

Jangkitan virus secara terus ke otak adalah dipercayai penyebab utama keadaan di atas.1

Etiologi

Kajian mendapati jangkitan virus secara terus (direct) ke otak oleh virus Herpes simplex (HSV) merupakan satu jangkitan yang serius. Lain-lain virus adalah seperti Varicella-zoster, Epstein-Barr, Cytomegalovirus, enteroviuses, adenoviruses, rabies, dan Japanese B encephalitis.

Pemerhatian perubatan juga mendapati situasi klinikal berkaitan gejala encephalitis berlaku kesan dari reaksi autoimmun (in- direct) selepas jangkitan sistemik virus Influenza, measles, rubella, varicella, dan HIV.

Selain dari virus, jangkitan sekunder atau primer boleh berlaku dengan kuman-kuman yang lain seperti tuberculosis, mycoplasma, listeria, Lyme disease, cat scratch fever, leptospira, brucella, legionella, dan neurosyphilis.

Organisma lain yang boleh terlibat adalah:

  • Rickettsial: Rocky Mountain spotted fever, endemic typhus, epidemic typhus, Q fever
  • Fungal: cryptococcosis, coccidiomycosis, histoplasmosis, candidiasis.
  • Parasitic: trypanosomiasis, toxoplasmosis, echinococcus, schistosomiasis, amoebiasis

Pelbagai organisma boleh terlibat dalam meningoencephalitis. Bagaimanapun ujian makmal terkini masih lagi sukar mengenalpasti penyebab utama bagi kes-kes meningoencephalitis seluruh dunia.1

Gejala

Kegagalan fungsi otak akut boleh bermula dengan demam selesema, sakit kepala, dan diikuti dengan hilang kewarasan fikiran, sawan dan koma.1

Gejala separa akut pula adalah berkait rapat dengan kenaikan tekanan dalam kepala seperti sakit kepala yang teruk,pening, perasaan loya seperti nak muntah, sawan dan fikiran keliru.1

Gejala-gejala lain adalah seperti fotofobia, kegagalan deria rasa dan kekejangan otot leher.1

Komplikasi

Akut2

  • Kegagalan fungsi jantung dan pernafasan yang memerlukan bantuan pernafasan dan ubatan penstabil tekanan darah.
  • Ketidakstabilan metabolik dalam darah.
  • Sawan yang sukar dikawal.
  • Jangkitan kuman sekundari dalam darah dan paru- paru.
  • Reaksi pembekuan pembuluh darah ( DIVC)

Jangka panjang2

  • Gangguan emosi dan psikologi
  • Kegagalan daya ingatan
  • Kegagalan fungsi otak secara keseluruhan yang menyebabkan kegagalan fungsi fizikal secara menyeluruh.

Rawatan

Terapi empirik

Pelbagai jenis virus mungkin menjadi penyebab kepada meningoencephalitis, maka ubat antiviral yang khusus adalah terhad kepada jangkitan yang disebabkan oleh kumpulan herpesvirus, terutama sekali virus herpes simplex. Kajian mengesahkan, semakin awal pemberian rawatan khusus untuk herpes simplex encephalitis,ia dapat mengurangkan kadar kematian dan sekuela yang serius seperti kegagalan fungsi otak.1

Rawatan ubat antiviral khusus adalah intravena (IV) acyclovir 10mg/kg setiap 8 jam bagi kumpulan dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai fungsi ginjal yang normal perlu dimulakan bagi setiap kes yang disuspek menghidap encephalitis sementara menunggu keputusan kajian makmal.1

Rawatan sampingan ubat antibiotik IV boleh dimulakan sekiranya memenuhi kriteria bagi jangkitan kuman di tisu otak atau meninges.1

Terapi khusus

Rawatan khusus ubat antiviral mengikut keputusan isolasi dan inkubasi virus tertentu adalah membantu dalam perawatan lanjutan encephalitis.1

Rawatan khusus ubat antibiotik dan lain-lain adalah perlu berdasarkan keputusan isolasi dan inkubasi kuman-kuman berkenaan.1

Pencegahan

Sesetengah kumpulan virus penyebab encephalitis boleh dicegah dengan vaksinasi, seperti Japanese encephalitis dan rabies.2

Kawalan vektor( nyamuk) juga dapat mengawal jangkitan seperti terhadap kumpulan arbovirus.2

Rujukan

  1. Alan et al, The Management of Encephalitis: Clinical Practice Guidelines by the Infectious Diseases Society of America,Clinical Infectious Diseases 2008;47:303–27
  2. www.patient.co.uk/encephalitisandmeningoencephalitis/2012

 

Semakan Akhir : 10 Oktober 2014
Penulis : Dr. Mohd Sufian b. Adenan
Akreditor : Dato’ Dr. Hj. Md Hanip b. Rafia

 

Related Article

Dermatitis Kontak

Definasi Ianya merupakan inflamasi (radang) pada kulit yang disebabkan oleh

Lumbar Puncture

A lumbar puncture is a medical procedure where a specially designed needle is inserted into the lower part of the spine to draw cerebro-spinal fluid for testing of several conditions affecting the brain, spinal cord or other parts of the nervous system. It does not involve any form of operation. The amount of cerebro-spinal fluid will not drop as it will continuously produced in the brain

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 229,804,241

LAST UPDATE :
2024-11-19 10:36:13
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia