Bagi ibu-ibu yang bekerja, memasak makanan dan menyimpan di dalam peti sejuk adalah salah satu cara yang digunakan bagi menyediakan makanan untuk keluarga. Ada sesetengahnya mungkin menyediakan makanan pada malam hari, untuk di makan keesokannya. Manakala, ada pula yang menyimpan lebihan makanan malam untuk dimakan esok hari. Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh ikuti untuk memastikan makanan yang di simpan selamat untuk di makan
Makanan yang disimpan di dalam ruang sejuk beku akan tahan lebih lama. Ianya boleh disimpan di dalam pek yang kedap udara berserta label yang ada tarikh ianya disimpan. Jangan penuhkan peti sejuk kerana ini boleh menghalang daripada udara sejuk mengalir sekitarnya. Penyimpanan makanan yang betul akan memastikan yang makanan anda dalam keadaan yang baik dan bebas daripada bakteria. Panaskan makanan yang telah dimasak pada suhu sekurang-kurangnya 70°C untuk memastikan yang bakteria dihapuskan. Sentiasa pastikan peti sejuk anda kemas dan bersih. Buang mana-mana makanan yang telah disimpan lama mangikut arahan ”pertama masuk, pertama keluar dan tamat tarikh luputnya” dan ingat, jika anda berasa ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu makanan, terus buangkan |
|
---|