Mohd Azmarul bin A Aziz merupakan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) di Hospital Rehabilitasi Cheras.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Pertuturan dengan Kepujian .
Kerja-kerja beliau melibatkan pengendalian dan pemulihan masalah pertuturan dan bahasa dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa.
Kepakaran lain termasuk pemulihan dan penyelidikan masalah pertuturan dan bahasa seperti aphasia dan motor speech disorders.
Pengalaman kerja:
- Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan), Hospital Rehabilitasi Cheras
- Hospital Research Reviewer Committee (HRRC), Pusat Penyelidikan Klinikal Kebangsaan
- Timbalan Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Rehabilitasi Cheras
- Pewasit (Reviewer) bagi Malaysian Journal of Health Sciences, UKM Press.
- Pensyarah Jemputan dan Penyelia Klinikal, Program Patologi Pertuturan, Universiti Sains Malaysia
- Penyelidik Jemputan di Faculty of Health Sciences, De Monfort University, Leicester, United Kingdom
Semakan Akhir : 24 Februari 2017