Munawara bt. Pardi mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pemakanan dan dietetik klinikal selama 11 tahun. Memulakan khidmat sebagai Pegawai Dietetik sekitar tahun 1995 di Hospital Kajang dan kemudian di beberapa hospital lain seperti Hospital Batu Pahat dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar sehingga kini di Hospital Melaka.
Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperoleh B.Sc (Hons) Dietetics.
Kepakaran atau bidang kerja beliau melibatkan pemakanan dietetik klinikal pesakit yang mengkhusus di unit rawatan rapi dengan memastikan pesakit menerima keperluan pemakanan yang mencukupi bagi membantu proses penyembuhan rawatan. Peranan sebagai Dietetik klinikal di hospital memberi peluang kepada beliau untuk memberi khidmat nasihat dan bimbingan dalam ubah suaian diet yang bersesuaian dengan penyakit. Selain itu juga beliau terlibat secara aktif dalam pengurusan berat badan anggota kesihatan dan juga pesakit.