Noor Asyikin bt. Suaidi merupakan Pegawai Sains (Forensik) di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Forensik (Kepujian).
Kerja-kerja beliau melibatkan analisis sampel-sampel bedahsiasat yang merangkumi histopatologi forensik serta toksikologi.
Kepakaran lain termasuk membantu Pakar Perubatan Forensik dalam prosedur bedah siasat.
Antara skop yang tertakluk dalam tugas beliau adalah dokumentasi bahan bukti fizikal seperti pakaian, senjata dan bukti biologi serta fotografi forensik.
Beliau pernah terlibat dalam Ops Wawasan Khas di Kedah yang melibatkan penemuan beratus kubur pelarian Rohingya pada Jun 2015. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Teknologi Mara dan pernah membuat beberapa pembentangan di konferens-konferens peringkat kebangsaan dalam bidang histopatologi forensik dan toksikologi reproduktif.
Pengalaman kerja:
- Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Kuala Lumpur (2008-2010)
- Pegawai Sains (Forensik), Hospital Sungai Buloh (2010-sekarang)
Semakan Akhir : 13 Februari 2017