Nora Nurlinda bt. Zakaria telah menamatkan pengajian pada tahun 2008 dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperoleh Ijazah Sarjanamuda Dietetik Dengan Kepujian. Beliau mempunyai pengalaman kerja sebagai Pegawai Dietetik selama tiga tahun dan sekarang sedang bekerja di Jabatan Dietetik dan Sajian di Hospital Kuala Lumpur.
Sepanjang kerjaya beliau,beliau juga telah melibatkan diri dalam konsultasi pesakit di bawah anjuran CORFIS (Community based multiple risk factors intervention Strategy to Prevent Cardiovascular and Chronic Kidney Disease) selama 7 bulan.
Kepakaran atau bidang kerja beliau melibatkan pengurusan perkhidmatan dietetik klinikal terutamanya dalam bidang pengurusan dietari pesakit kencing manis dan obesiti serta terlibat dalam dietetik komuniti.