Normawati bt. Mohamed Noor merupakan Pegawai Farmasi di Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Malaya.dengan memperolehi Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) (2004) dan juga Sarjana Penguatkuasaan Undang-undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (2012).
Kerja-kerja utama beliau adalah menyelaras penyiasatan kes-kes melibatkan iklan ubat. Selain itu juga, beliau juga turut menyelaras pemantauan iklan-iklan di media elektronik bagi memastikan iklan yang disiarkan mematuhi Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956. Beliau juga turut terlibat dalam memberi pendidikan/ ceramah kepada industri, media dan pegawai penguatkuasa farmasi dalam kawalan terhadap iklan ubat. Selain dari itu, beliau juga merupakan selaku salah seorang penulis MyHealth Portal turut menyumbangkan beberapa artikel untuk bacaan umum khususnya melibatkan kawalan iklan-iklan ubat. Beliau juga terlibat dalam permohonan kelulusan Lembaga Iklan Ubat selaku pegawai penyaring kedua.
Pengalaman kerja:
- Housemanship di Hospital Alor Star (2005)
- Cawangan Penguatkuasa Negeri Perlis (2006 – 2008)
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM (2009 – kini)
Semakan Akhir : 10 Julai 2013