Nur Syuhada bt. Hosni merupakan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) di Hospital Melaka.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Pertuturan Dengan Kepujian.
Kerja-kerja beliau melibatkan penilaian dan pengendalian:
- Kes masalah kecelaruan bahasa – pertuturan
- Kes penelanan
- Kes masalah makan / feeding
- Kes masalah suara
Beliau turut juga memberi latihan kepada Guru Pendidikan Khas dari segi pengendalian masalah tingkah laku dan bahasa – pertuturan kanak-kanak di sekolah.
Kepakaran lain termasuk menguruskan kes kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku dan kes penelanan dewasa. Beliau pernah menjalani latihan jangka masa pendek selama sebulan di Gold Coast Australia di dalam Applied Behavior Analysis pada tahun 2005. Selain itu, pada tahun 2014, beliau telah menjalani latihan sangkutan dalam pengendalian masalah penelanan di kalangan pesakit dewasa di Hospital Tan Tock Seng, Singapura.
Pengalaman kerja:
- Hospital Sulanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (2003 hingga 2013)
- Hospital Rehabilitasi Cheras (4 bulan)
- Hospital Melaka (2013 hingga sekarang)
Semakan Akhir : 5 April 2017