Nurbaiti bt. Mohamad Adli merupakan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Pertuturan.
Kerja-kerja beliau melibatkan proses penilaian dan habilitasi/rehabilitasi pertuturan, bahasa dan komunikasi serta penelanan yang berkesan mengikut keperluan pesakit (dari pelbagai peringkat umur sama ada bayi, kanak-kanak atau dewasa).
Semakan Akhir : 16 Februari 2017