Nurhayati bt. Mohd Mossadeq merupakan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) atau lebih dikenali sebagai Terapis Pertuturan-Bahasa yang telah berkhidmat selama 8 tahun di Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau kini bertugas Hospital Putrajaya.
Beliau telah menamatkan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Pertuturan dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kerja-kerja beliau kebanyakannya melibatkan penilaian dan pengurusan masalah pertuturan, bahasa kanak-kanak yang lewat memperoleh bahasa dan/atau mengalami masalah pelat.
Terdapat juga kes dewasa yang mengalami masalah untuk menelan, bertutur selepas strok, mengalami kecederaan otak akibat kemalangan dirujuk oleh doktor perubatan.
Beliau pernah berkhidmat di Pusat Rehabilitasi NGO di Puchong. Kemudian berkhidmat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, dan Hospital Sultanah Aminah Johor dimana beliau telah terdedah dalam mengendalikan pelbagai kes yang kompleks.
Semakan Akhir : 24 Februari 2017