Nurshahira bt. Razali merupakan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) di Hospital Kuala Lumpur.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pertuturan.
Kerja-kerja beliau melibatkan menjalankan penilaian dan intervensi pertuturan, bahasa, komunikasi & penelanan bagi pesakit pediatrik dan dewasa.
Kepakaran lain termasuk :
- Terlibat dalam pembentukan Clinical Practise Guidelines (CPG) Management of Autism dan Penceramah & Fasilitator Training of CoreTrainers (TOT) CPG
- Jawatankuasa Teknikal (Latihan) Profesyen Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan), KKM
- Ahli Persatuan Patologis Pertuturan-Bahasa, Malaysia (SPEAK)
Pengalaman kerja:
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (2009-2014)
- Hospital Kuala Lumpur (2014 – sekarang)
Semakan Akhir : 26 Januari 2017