Nyaros bt. Abdullah merupakan Pegawai Farmasi di Hospital Alor Gajah, Melaka.
Beliau telah menamatkan pengajian dari University of Bradford dengan memperolehi Bachelor of Pharmacy with Second Class Honours (First Division) in Pharmacy.
Kerja-kerja beliau melibatkan pendispensan ubat-ubatan termasuk menjalankan kaunseling/nasihat berkaitan ubat terhadap kumpulan pesakit terpilih mengikut kriteria yang ditetapkan dan merupakan ahli Jawatan Kuasa Kaunseling & Khidmat Maklumat Ubat untuk Farmasi di peringkat Kebangsaan. Selain itu, beliau juga terlibat dalam beberapa program penyelidikan dan pembangunan (R & D) seperti projek IRPA,QA, QI dll.
Kepakaran lain termasuk mengendalikan akiviti untuk kempen “Kenali Ubat Anda” untuk warga klinik kesihatan & hospital termasuk orang ramai pelbagai lapisan dan penyunting untuk bulletin farmasi mengikut penempatan semasa.
Pengalaman kerja:
-
Pegawai Farmasi U41 di Unit Pesakit Luar/Dalam/DIS/Klinikal (Hospital Melaka), 1986 – 2006.
-
Pegawai Farmasi U48 di Klinik Kesihatan Peringgit/PKD Melaka Tengah, 2006-April, 2010.
-
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Amalan & Perkembangan Farmasi) U52, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKN Negeri Sembilan, April – September 2010.
-
Ketua Pegawai Farmasi U54, Hospital Alor Gajah, September 2010 hingga kini.