Pesakit yang terlantar (Bed Ridden) memerlukan penjagaan dan pemerhatian yang khusus. Untuk mengelak daripada ruam atau kudis di bahagian belakang pesakit gunakan tilam khusus yang mempunyai permukaan berlekuk-lekuk (Ripple Matress)untuk memudahkan pengaliran udara di bahagian belakang pesakit .
Bersihkan anggota badan pesakit setiap hari dengan menggunakan tuala yang direndam di dalam air suam. Perah tuala tersebut hingga tidak ada air yang menitik kemudian lapkan ke seluruh anggota badan pesakit terutama di tempat-tempat yang senang kuman membiak seperti di bawah ketiak, leher, bahagian alat sulit dan dubur dan juga di bahagian belakang pelipat lutut. Mandian akan membersihkan , menyegarkan dan memberi keselesaan kepada pesakit Untuk menukar lampin letakkan pesakit dengan kedudukan mengiring ke sisi. Letakkan lampin di bawah dan kemudian alihkan pesakit mengiring ke sisi yang bertentangan untuk memudahkan anda memakai lampin kepada pesakit tersebut. |
|
---|
Masalah Tingkah Laku Remaja
Download: Masalah tingkah laku remaja merujuk kepada tingkah laku yang