Pengenalan
- Prostat ialah kelenjar kecil dan bulat di dalam sistem reproduktif lelaki yang terletak di pangkal pundi kencing di hadapan usus besar.
- Fungsi utamanya ialah mengeluarkan air mani yang membantu pergerakan sperma daripada buah zakar keluar melalui pancutan daripada saluran uret ra dan zakar.
- Kelenjar prostat biasanya membesar selaras dengan kematangan lelaki. Pembesaran ini dikenali sebagai ketumbuhan prostatik hiperplasia atau “Benign Prostatic Hyperplasia” dan ini boleh mendatangkan masalah dengan peningkatan usia.
- Pada usia 80 tahun ke atas, 50% prostat itu terdiri daripada pembesaran nodular benign, kronik prostatitis atau perubahan premalignant. Walau bagaimanapun, prostatik hiperplasia bukan kanser.
- Kanser prostat, satu keadaan yang lebih kerap dialami oleh orang yang berusia, bukanlah sebahagian daripada proses penuan yang normal. Oleh itu, ia tidak akan dibincang di sini.
Gejala dan Tanda
- Sebahagian besar daripada pembesaran kelenjar prostat tidak menimbulkan sebarang gejala atau tanda.
- Pesakit juga mungkin menghadapi masalah sentiasa hendak kencing dan kerap buang air kecil tetapi gejala ini lazimnya hanya timbul selepas kelenjar prostat membesar sehingga menekan dan menyekat saluran air kencing.
- Pemeriksaan tempat buang air besar oleh doktor adalah sangat penting dalam pemeriksaan kelenjar prostat.
Komplikasi
- Tanda-tanda yang lazim ialah perubahan ketara ketika membuang air kencing. Kesukarannya wujud akibat saluran air kencing yang tersekat dan pundi kencing yang tidak berfungsi sebetulnya.
- Jika tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan masalah-masalah seperti:
- peningkatan risiko jangkitan saluran air kencing,
- kerosakan pundi kencing dan buah pinggang,
- batu karang atau masalah pembuangan air kencing.
Rawatan
- Ketumbuhan Prostatik Hiperplasia biasanya tidak bermasalah pada usia muda, namun pengetahuan awal mengenai gejala dan rawatannya diperlukan supaya rawatan awal boleh diberikan.
- Rawatan Prostatik Hiperplasia yang sesuai hanya boleh disyorkan oleh doktor pakar bergantung kepada tanda-tanda serta tahap dan saiz pembengkakkan kelenjar.
Semakan Akhir | : | 20 Jun 2014 |
Penulis | : | Dr. Sanidah binti Md. Ali |
Penyemak | : | Dr. Ungku Ahmad Ameen bin Ungku Mohd Zam |