Reynold Vicente merupakan Pegawai Sains Forensik di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia, Kelantan dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik (Kepujian).
Kerja-kerja beliau melibatkan pengurusan spesimen medikolegal, mengurus dan menjalankan proses-proses kerja di Makmal Histopatologi Forensik serta membantu dalam proses kerja di Makmal Biologi Forensik dan Makmal Entomologi dan Antropologi Forensik.
Beliau juga membantu pakar/pegawai perubatan dalam kes bedah-siasat dan lawatan tempat kejadian apabila diperlukan.
Pengalaman kerja:
- Bertugas sebagai Pegawai Sains Forensik di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah mulai 25 Mei 2010.
Semakan Akhir : 15 Februari 2017