|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apakah rogol semasa janji temu?
Rogol semasa janji-temu juga dikenali sebagai rogol kenalan. Ia berlaku apabila seseorang menjadi mangsa serangan seksual oleh kenalan baru atau orang yang tidak dikenali. Mangsa mungkin tidak mengadakan janji-temu dengan orang yang melakukan jenayah itu, malah sebenarnya dia mungkin seseorang yang mangsa baru sahaja kenal atau orang yang tidak dikenali langsung.
Bagaimana ini berlaku?
Bahan terlarang (dadah) sering dikaitkan dengan kes rogol janji-temu. Dadah bagi rogol janji-temu adalah dadah yang digunakan dalam membantu serangan seksual. Dadah yang sering digunakan adalah Rohypnol, Gamma Hydroxybutyrate (GHB), Ketamin dan alkohol.
Dadah ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang sama. Ia tidak berbau, tidak berwarna dan bertindak dengan pantas. Ia mudah dicampurkan ke dalam minuman anda tanpa pengetahuan anda kerana ia tidak menyebabkan sebarang perubahan pada warna atau rasa minuman. GHB mempunyai rasa masin tetapi rasanya hilang apabila dicampur dengan minuman. Dadah-dadah ini bertindak dengan sangat cepat selepas pengambilannya, mempunyai kesan sedatif (pelalian), hipnosis, khayal, amnesia, dan ia mungkin menyebabkan anda tidak sedarkan diri atau pengsan. Individu yang memasukkan dadah ini ke dalam minuman anda boleh mengambil kesempatan semasa anda tidak sedarkan diri. Anda mungkin tidak dapat mengingat atau kurang memori tentang apa yang berlaku.
(Jadual1)
Dadah rogol janji-temu ini juga boleh mendatangkan kesan serius yang lain jika ia ditambah kepada alkohol, diambil dengan ubat-ubatan sedatif lain seperti ubat penenang atau ubat tidur, atau diambil dalam dos yang tinggi. Anda boleh menghadapi sesak nafas, koma atau kematian juga boleh berlaku.
Jadual 1
Nama bahan
|
Gelaran lain |
Bagaimana rupanya
|
Kesan
|
---|---|---|---|
Alkohol |
Terdapat banyak jenis alkohol atau minuman keras:
|
|
Anda akan digalakkan untuk minum sehingga anda hilang rasa malu dan tidak sedarkan diri. Dalam situasi ini, anda tidak akan dapat menahan ransangan fizikal atau emosi untuk melakukan hubungan seks. Apabila anda minum alkohol terlalu banyak ia membuatkan anda:
|
Rohypnol ( Fluni) |
|
Berbentuk pil yang larut dalam cecair. Berbentuk oval atau bulat dan biasanya berwarna putih tetapi ada juga yang hijau atau kelabu. Boleh mengubah warna minuman tetapi mungkin sukar dilihat jika dicampur ke dalam minuman berwarna gelap seperti cola, beer atau dalam suasana gelap. Pil mungkin ditumbuk menjadi serbuk.
|
Kesan boleh dilihat dalam masa 30 minit dan tahan selama berjam-jam.
|
GHB (gamma hydroxybutyrate) trazepam) |
|
Berbentuk cecair yang tidak berwarna dan tidak berbau, serbuk atau pil putih. Tidak kelihatan apabila dilarutkan ke dalam air, tidak berbau dan mempunyai rasa masin. Rasanya terhadang apabila ditambah ke dalam minuman seperti minuman bergas atau arak.
|
Kesannya dapat dilihat dalam masa 15 minit. Pengambilan jumlah yang kecil boleh memberi kesan yang besar. Ia akan menyebabkan:
|
Ketamin |
|
Berbentuk cecair atau serbuk putih.
|
Kesannya adalah sangat pantas termasuk:
|
Akibat rogol janji temu
Walaupun dirogol itu adalah satu pengalaman yang dahsyat, rogol janji-temu juga mendatangkan kesan-kesan buruk yang lain.
- Anda mungkin mempunyai gangguan emosi yang berpanjangan.
- Persekolahan atau kerja anda mungkin terganggu
- Anda akan terlibat dalam isu-isu undang-undang
- Anda mungkin mendapat penyakit kelamin seperti HIV, Sifilis, Hepatitis C dan Hepatitis B
Adakah salah saya jika saya dirogol?
Tidak. Walaupun anda berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol, tiada sesiapa yang boleh memaksa anda untuk mengadakan hubungan seks atau melakukan pencabulan seksual terhadap anda. Seks tanpa persetujuan bersama atau jika anda berumur di bawah 16 tahun adalah rogol, dan rogol adalah satu jenayah. Rogol janji-temu adalah jenayah.
Apa yang boleh saya lakukan?
Lindungi diri anda
- Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Anda boleh mengelakkan diri daripada diserang dengan mengetahui di mana, bagaimana, bila dan mengapa ia berlaku.
- Jangan sekali-kali bersendirian dengan seseorang yang baru anda kenali.
- Keluar dalam kumpulan dan saling memerhatikan antara satu sama lain
- Elakkan alkohol dan dadah, keluar dengan kawan-kawan yang tidak minum.
- Tahu apa yang anda inginkan dalam hubungan.
- Jangan libatkan diri anda dengan tekanan rakan sebaya dan jangan lakukan perkara yang anda tidak ingin.
- Elakkan pergi ke tempat-tempat terpencil bersendirian dengan pasangan anda. Ini termasuk bilik anda atau pasangan anda.
- Jangan sekali-kali menerima minuman dari orang yang tidak dikenali atau orang yang baru anda kenal.
- Bertegas untuk membuka minuman anda sendiri.
- Elakkan mengambil minuman dari mangkuk yang sama.
- Jangan biarkan minuman anda tanpa dijaga.
- Jika anda berasa tidak selesa dengan seseorang atau situasi di mana anda berada, percaya naluri anda dan tinggalkan tempat atau suasana tersebut. Jika perlu dapatkan bantuan.
- Jika anda tidak minum atau mengambil dadah tetapi anda mula terasa mabuk atau tidak sihat, dapatkan bantuan segera.
- Jika anda melihat orang lain yang berisiko untuk menjadi mangsa, beri isyarat kepada orang lain atau dapatkan bantuan.
- Sebelum pergi untuk janji-temu, sentiasa maklumkan kepada keluarga atau kawan yang dipercayai di mana anda berada.
Saya telah dirogol, apa yang perlu saya lakukan?
Malangnya rogol janji-temu masih berlaku. Jika anda adalah mangsa sentiasa ingat ia bukan salah anda. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan apabila anda sedar anda telah dirogol:
- Panggil/telefon rakan, ahli keluarga atau seseorang yang anda percayai dan berasa selamat. Beritahu mereka apa yang telah berlaku.
- Jika anda cedera, dapatkan bantuan daripada unit kecemasan di hospital, pusat kesihatan atau klinik. Tempat tersebut biasanya mempunyai kakitangan terlatih, rangkaian khas untuk menangani masalah ini dan mereka seharusnya dapat membantu anda.
- Jika anda mahu melaporkan, hubungi polis dengan segera. Jangan menukar pakaian atau membersihkan diri anda. Pelihara semua bukti, dan jangan bersihkan tempat di mana kejadian berlaku.
- Jika anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan, hubungi pusat krisis. Biasanya hospital mempunyai pusat krisis di jabatan kecemasan. Mereka mempunyai doktor, kaunselor dan pekerja sosial untuk membantu anda. Anda boleh mendapatkan maklumat, sokongan dan bertanya kepada mereka apa yang perlu dilakukan.
Apa yang lebih penting adalah anda mesti mengawal diri sepanjang masa. Dengan berada dalam kawalan anda tahu dengan jelas apa yang anda mahu dan dapat menetapkan had dan sempadan anda.
Semakan Akhir | : | 18 Julai 2013 |
Penulis | : | Dr. Salmah bt. Nordin |