Adakah anak anda sentiasa menjadi tumpuan orang ramai kerana wajahnya yang sungguh comel…tetapi anda boleh rasa ada sesuatu yang tak kena dengannya. Matanya tak berkelip apabila anda bertutur dengannya, dan dia juga seakan tidak terusik dengan apa yang berlaku di sekitarnya. Anak anda mungkin mengalami masalah pendengaran. Sudahkah anak anda menjalani saringan pendengaran untuk memastikan perkara ini? Deria mendengar adalah satu deria yang amat penting kerana hilang pendengaran boleh menjejaskan hubungan komunikasi dengan orang lain. Kurang pendengaran bermaksud pendengaran yang tidak jelas atau tidak dapat mendengar dengan sepenuhnya disebabkan kerosakan sebelah atau kedua-dua belah telinga dan ia boleh berada dalam tahap ringan hingga ke tahap sangat teruk. Dialog : tisya, tisya. Jangan main, mama cakap jangan main tisya. Masalah pendengaran ini boleh dikesan pada kanak-kanak di dalam pelbagai situasi. Kebiasaannya masalah ini dapat disedari oleh ibu-bapa atau guru. Pengesanan awal dan pengurusan terhadap masalah pendengaran terhadap bayi yang baru lahir adalah mustahak. Masalah pendengaran boleh mengakibatkan gangguan dalamperkembangan bahasa dan pertuturan. Saringan Pendengaran ialah pemeriksaan yang dijalankan di peringkat awal untuk menguji pendengaran bayi. Semasa melakukan saringan pendengaran, prob (alat mengesan) akan diletakkan di telinga. Apabila prob mengeluarkan bunyi perlahan, organ pendengaran akan bertindak balas pada bunyi itu, dan sebaliknya jika ada masalah pendengaran. SEBAB-SEBAB HILANG PENDENGARAN Antara sebab- sebab kemungkinan anak anda boleh hilang pendengaran ialah:
TANDA-TANDA HILANG PENDENGARAN Terdapat beberapa tanda yang anda boleh mengenal pasti jika anak anda mengalami hilang pendengaran:
CARA MENGELAK HILANG PENDENGARAN Jagalah telinga anak anda dari lahir lagi. Langkah pencegahan termasuklah:
BUNYI-BUNYIAN Anak anda berhak menikmati kepelbagaian bunyi-bunyian. Lakukan saringan pendengaran sekarang. |
|
---|