Transkipsi v/o Ibu-ibu yang lepas bersalin adalah digalakkan untuk melakukan senaman post natal untuk membaiki perjalanan darah dan pernafasan. Di samping itu juga senaman boleh membantu mengembalikan keanjalan otot-otot di sekeliling salur peranakan. Senaman ini boleh dimulakan ketika ibu-ibu masih dalam pantang bergantung pada keadaan fizikal atau setelah mendapat nasihat doktor. SENAMAN PERNAFASAN Senaman pernafasan adalah yang paling mudah untuk diamalkan. Pastikan kepala dan bahu disokong oleh bantal. Pada kedudukan baring terlentang, bengkokkan lutut dan tangan di letak di atas perut. Tarik nafas panjang melalui hidung dan hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut dan pastikan leher dan bahu tidak bergerak. Ulangi sebanyak 3 kali. Teknik senaman ini membantu mengembangkan paru-paru dan mengelakkan komplikasi sistem pernafasan SENAMAN KAKI Senaman untuk kaki boleh dilakukan dengan berbaring terlentang sambil kedua-dua kaki diluruskan Gerakkan pergelangan kaki anda ke atas dan ke bawah. Ulang sebanyak 10 kali. Senaman ini boleh melancar kan darah dan menguatkan kembali otot-otot kaki anda. Senaman ini juga dilakukan dengan membuat bentuk bulatan dengan kedua-dua Pergelangan kaki. Ulangi sebanyak 10 kali. SENAMAN ANGGOTA ATAS Untuk senaman anggota atas baring terlentang dan rapatkan tangan anda ke sisi badan Angkat kedua-dua belah tangan ke atas sehingga dedua-duanya bersentuhan kemudian jatuhkan semula sehingga rapat ke sisi badan anda. Lakukan sebanyak 20 kali SENAMAN ABDOMEN Senaman Pertama Baring terlentang sambil membengkokkan lutut. Rapatkan tangan di sisi badan kempiskan perut anda dan tahan selama 5 saat sebelum kembali ke posisi asal. Lakukan sebanyak 10 kali. Senaman Kedua Baring terlentang letakkan kedua-dua belah tangan di perut. Bengkokkan lutut. Angkatkan kepala dan bahu dan pandang ke arah lutut. Lakukan sebanyak 10 kali. SENAMAN MENGANGKAT PUNGGUNG Bengkok dan rapatkan kedua-dua lutut anda. Jarakkan kaki anda. Angkat bahagian punggung anda dan tahan selama 5 saat. Kembalikan punggung ke keadaan asal. Lakukan sebanyak 10 kali. SENAMAN GIGEL Ada pelbagai cara untuk melakukan senaman gigel. Ia boleh di lakukan dalam posisi berdiri, duduk, atau baring. Posisi baring adalah terbaik untuk mereka yang baru memulakannya Caranya kemut otot pelvis seperti menahan kencing. Tahan kemutan selama 10 saat Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan Ulangi proses ini sebanyak mungkin Peringatan : Jangan menahan nafas semasa melakukan kemutan anda harus bernafas seperti seperti biasa. POSTUR BADAN SEMASA MENDUKUNG ANAK Fikirkan keselesaan anak bila mendukungnya Pengunaan alat pengendong dua bahu boleh mengelakkan rasa lenguh dan sakit belakang dan pada masa yang sama anda boleh mendukung bayi dalam jangka masa yang lebih lama POSTUR BADAN SEMASA MENYUSUKAN BAYI Kaedah menyusu yang betul membuat anda dan bayi anda berasa lebih selesa kepala bayi berehat di dalam dakapan anda Sokong belakang badan dan punggung bayi Lenggan bayi perlu berada di bahagian sisinya Jangan terlalu membongok sehingga terlalu rapat dengan bayi Anda juga boleh duduk bersandar di kerusi sambil menyusu Sokong kepala bayi dengan lenggan dan muka bayi menghadap payu dara Letakkan kepala bayi tubuh dan kaki dalam keadaan lurus kepala bayi di angkat tinggi sedikit Gunakan bantal atau silangkan kaki anda untuk menaikkan kepala bayi ke payu dara Gunakan sesuatu seperti bantal kusyen atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi Jika anda dan bayi merasa letih anda boleh menyusu sambil berbaring sokong kepala bayi anda dengan lengan supaya ia rapat ke puting |
|
---|