Apa itu Sifilis?
- Ia disebabkan oleh satu organisma yang dinamakan ‘spirochete’
- Sifilis disebar melalui hubungan seks secara oral, dubur dan vagina
- Ia juga boleh disebar dari seorang ibu kepada bayinya semasa kehamilan
Bagaimana anda tahu anda mengidap Sifilis?
Sifilis berlaku dalam 4 peringkat.
Peringkat 1
- Ulser yang tidak sakit dan kemerahan pada:
- Vagina
- Dubur
- Penis
- Mulut
- Ulser ini dipanggil ‘primary chancre’ dan akan hilang selepas beberapa minggu
- Kelenjar limfa mungkin membengkak pada masa yang sama
- Seseorang yang terdedah kepada sifilis mungkin tidak perasan kehadiran ‘chancre’ yang mungkin timbul selepas 3 hari hingga 3 bulan kemudian
Peringkat 2
|
|
Peringkat 3
- Jika tidak dirawat pada peringkat awal, seseorang itu akan terus memendam penyakit sifilis tanpa sebarang tanda/gejala. Ia akan berlarutan sehingga beberapa tahun.
- Walau bagaimanapun ia dapat dikesan melalui ujian darah.
Peringkat 4
- Jika masih tidak dirawat, ia akan melarat ke peringkat lebih teruk iaitu ‘Tertiary Syphilis’
- Kuman ‘Spirochetes’ telah merebak ke seluruh badan dan akan melibatkan :
- Otak
- Jantung
- Saraf tunjang
- Tulang
Di antara gejala-gejalanya adalah:
- Kesukaran untuk berjalan
- Kebas
- Buta secara beransur
- Kematian
Apakah komplikasi Sifilis?
- Sifilis sangat merbahaya jika ianya tidak dirawat
- Jika berlakunya kerosakan pada otak dan masalah kesihatan yang serius, ia tidak dapat dirawati lagi
- Ibu yang hamil akan menjangkiti bayinya menyebabkan kecacatan bayi yang teruk sejak lahir.
Bagaimana Sifilis dirawat?
- Doktor anda akan membuat diagnosa selepas membuat pemeriksaan dan ujian darah
- Sifilis peringkat awal boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik
- Pesakit yang kronik memerlukan rawatan yang lebih lama
- Malangnya, kerosakan pada tubuh badan pada peringkat akhir tidak dapat dirawati lagi
Bagaimana Sifilis dicegah?
- Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
- Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
- Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.
- Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
- Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
- Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Chlamydia, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
- Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
Semakan Akhir | : | 27 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Hargeet Kaur Basant Singh |
Penyemak | : | Dr. Nik Rubiah bt. Nik Abd. Rashid |