A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. MEDICATION & YOU
  4. /
  5. Drug Facts
  6. /
  7. Tablet Glyceryl Trinitrate (GTN)

Tablet Glyceryl Trinitrate (GTN)

Apakah Sublingual Glyceryl Trinitrate?

Tablet Glyceryl Trinitrate (GTN) adalah sejenis ubat yang diletakkan di bawah lidah (sublingual) bagi melegakan sakit dada (angina) akibat daripada kekurangan bekalan oksigen pada otot jantung.

Bagaimana Ubat Ini Bertindak?

Ubat ini bertindak mengembangkan salur darah supaya peredaran darah ke jantung menjadi lebih lancar seterusnya membekal oksigen yang secukupnya pada otot jantung. Tablet GTN haruslah dibiarkan mencair di bawah lidah kerana kawasan tersebut mempunyai banyak bekalan salur darah justeru mempercepatkan penyerapan ubat.

Bila Ubat Ini Perlu Diambil?

Tablet GTN perlu diambil dengan segera sekiranya anda mengalami sakit dada (sila rujuk gambar di bawah).Bagi mencegah sakit dada, ambil tablet lima minit sebelum menjalani senaman, aktiviti seksual mahupun terdedah kepada cuaca sejuk.

Rasa pedas atau mencucuk-cucuk di bawah lidah semasa mengambil tablet GTN menunjukkan ubat tersebut sedang bertindak.

alt

Kesan Sampingan

Ubat ini mungkin menyebabkan anda terasa pening ketika berdiri. Bangun secara perlahan sekiranya anda sedang duduk atau berbaring bagi mengurangkan kesan tersebut. Elakkan memandu atau mengendalikan mesin selepas mengambil ubat ini.

Anda juga mungkin mengalami sakit kepala, loya, muntah, pitam, sukar bernafas, berdebar-debar, jantung berdegup laju atau tidak sekata serta alahan kulit.

Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sekiranya kesan sampingan tersebut berlanjutan dan menganggu anda.

Interaksi Ubat

Dapatkan pandangan doktor atau ahli farmasi sekiranya anda ingin mengambil tablet GTN dengan persediaan herba/ubat lain bagi memastikan kombinasi tersebut adalah selamat.

Ubat ini tidak boleh diambil bersama ubat yang digunakan untuk rawatan mati pucuk seperti sildenafil dan tadalafil kerana boleh mendatangkan kesan advers yang serius.

Sekiranya ubat ini diambil bersama ubat untuk menurunkan darah tinggi, kesan penurunan tekanan darah akan bertambah dan seterusnya menyebabkan kesan sampingan juga akan bertambah.

Kesan ubat ini juga boleh terjejas sekiranya diambil bersama ubat yang menyebabkan mulut kering seperti chlorpheniramine dan hyoscine kerana tablet tersebut tidak dapat mencair dengan sempurna di bawah lidah. Atasi masalah ini dengan minum segelas air sebelum meletakkan tablet tersebut di bawah lidah.

Alkohol boleh meningkatkan kesan advers seperti sakit kepala, maka dinasihatkan supaya tidak mengambil alkohol bersama ubat ini.

Kaedah Penyimpanan

  • Tablet GTN perlu disimpan dalam botol kaca yang gelap pada suhu bilik, jauh daripada cahaya, suhu panas dan lembab.

  • Sentiasa tutup botol dengan ketat.

  • Simpan ubat ini dalam bekas asal.

  • Gunakan ubat ini dalam tempoh 8 minggu selepas dibuka.

  • Jauhi daripada kanak-kanak.

  • Pulangkan ubat berlebihan/telah luput ke farmasi untuk dilupuskan.

Dapatkan Yang Terbaik Dari Rawatan Anda

  • Bawa ubat ini ke mana-mana anda pergi.

  • Jangan telan ubat ini.

  • Jangan berhenti mengambil ubat ini melainkan atas nasihat doktor.

  • Beritahu doktor atau ahli farmasi sekiranya anda mengalami kesan sampingan lain selain yang disebutkan akibat pengambilan ubat ini.

  • Beritahu petugas perubatan yang anda sedang mengambil ubat ini sekiranya anda perlu menjalani rawatan seperti pembedahan ataupun prosedur pergigian.

  • Sekiranya anda mengandung atau menyusukan anak, dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat ini. 

Semakan Akhir : 23 April 2014
Penulis : Nur Hazwani bt. Mohd Noor
Penyemak : Che Pun bt. Bujang

 

Related Article

Topical Steroids

Introduction Topical steroids or also known as corticosteroids are medications

Treatment of Acne

Acne is a skin condition characterized by Whiteheads and/or blackheads (mild acne),
Pimples together with whiteheads and/or blackheads (moderate acne) and
Deep, inflamed painful swellings under the skin together with papules and pustules (severe acne)

Methylphenidate

Introduction Methylphenidate is a stimulants that activate, enhance, or increase

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 229,803,999

LAST UPDATE :
2024-11-19 10:36:13
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia