[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/video/mental/MENANGANI-KEMARAHAN/MENANGANI-KEMARAHAN.flv[/flv]
Transkipsi V/O Namun perkara yang menjadi persoalannya ialah bagaimana kita meluah dan mengawal perasan marah supaya tidak menyakiti orang lain dan mecederakan diri sendiri. Kemarahan boleh berlaku atas beberapa sebab. Ia boleh berpunca daripada faktor luaran apabila seseorang atau peristiwa menyebabkan anda gelisah dan seterusnya terancam. Atau faktor dalam diri sendiri apabila memikirkan atau teringat sesuatu peristiwa yang menyebabkan rasa marah. Dalam situasi dimana adanya provokasi daripada orang lain, kekecewaan dan persekitaran yang mengganggu boleh juga menjadi punca kemarahan. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, kita boleh mengawal kemarahan dan belajar menanganinya. Kerana seseorang perlu untuk meluahkan apa yang dirasai supaya tidak tersimpan di hati.
Sambil melakukan latihan tubi menumbuk misalnya, fikiran dipusatkan pada kemarahan yang kita hadapi. Ia boleh menjadi alternatif untuk melepaskan perasaan.
Seseorang perlu meluahkan perasan marah secara wajar tegas dan tidak disimpan dalam hati. Jangan menghentak-hentak atau menghempas-hempas barang apabila marah.
Selain daripada itu kita juga boleh mengawal kemarahan secara :-
Jikalau tidak boleh hilang marah , hendaklah tidur. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, semasa anda berdiri, maka duduklah. Sekiranya duduk, maka bersandarlah, semoga kemarahan akan mulai reda. Rasa marah adalah normal. Apa yang lebih penting ialah bagaimana mengawal kemarahan supaya tidak merosakkan diri sendiri. –end- |
|
---|